CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 23, 2008

urat sabut kelapa.....

penin aku la ni....
tak pasti skang ni mcm na dengan prob kat registration form master aku tuh...
last week aku call skolah siswazah....
diaorg cakap tak complete pasal takde 2 benda...
yang aku mmg dah letak kat dalam tu dan dah suh orang skolah siswazah tu check dah....
smua dah setel...
the prob masa call tu...
takde rsit kat dalam sampul tu and borang refree...

tapi last2 resit tu diaorg jumpa dah...
setel satu prob...
satu lagi pasal borang refree tu la...
aku still follow up dgn supervisor ...
mmg dah tau dia org yang bz...
dia kata nak masukkan gak aku...
aku nak pasti kan aku masuk gak...
sbb aku dah tekad nak masuk sana...

tapi aku de satu lagi prob besar...
aku tak de tempat nak stay...
aku mmg nak g sana sangat...
tapi klu tak de tempat nak stay susah la nak wat pa2...
mmg aku tak leh wat pe2 la...
tak kan nak tumpang2...
sapa nak tumpang kan aku lama2...
orang merempat ni susah...

aku dah pening...
pe nak jadi lak pas ni pun tak tau...
klu leh stat sampling pun jd la...
dari tak jalan pe2 langsung...
so mmg dah blur la....

Friday, December 12, 2008

FOFULARRR....

JAM 1800

aku dah dengar berita dari ayah aku ada pemberita tv3 nak datang rumah...
tapi aku tak tau untuk apa diaorg datang...
dan jam dah menunjukkan macam kat atas tu masa diaorang datang...
skali tgk orang kat dalam keta tu cam pengacara program BERSAMAMU...
tapi tak kan la nak buat tu kut kat rumah aku...
rumah aku ok ja aku tgk...

aku pun tak nak la jd penyibuk kan...
so layan je la diaorg tu as tetamu dan reporter...
rakam gambar ular sana sini...

then diaorg masuk rumah...
aku pun tanya la untuk program apa ni...
diaorg cakap majalah3...
wah kembang semangkuk aku dengar...
bukan senang nak dapat peluang cam ni...
tapi aku sendiri pun tak pasti ni kali keberapa reporter datang ke rumah...
sbb aku tak penah pun mengira kedatangan orang ni...

so agak nya aku and family akan masuk tv buat keberapa kali entah la ni...
hahahaha
blagak gila aku ni ea...
tapi bersyukur gak la sbb ada yang berminat dengan aktiviti keluarga aku ni...
dah mungkin akan tambah sedikit rezeki family aku lepas2 ni...
bukan senang kita nak jumpa media...
dah tu diaorang lak yang datang cari kita...

da satu masa tu aku tgk tv member aku masuk majalah 3 pasal penyu...
skang aku lak masuk pasal ular...

rancangan ni maybe akan disiarkan pada 3/1/2009 kut...
stakat yang latest news la...
tapi klu senior aku datang tadi mesti best gak...
nurul shuhada nurul ain
senior koz aku degree dlu...
mesti semua orang kenal kut...

tapi apa yang datang kita tetap kene bersyukur pada Allah...
kembang tu kembang gak...
tapi ala kadar...
hehehe

Thursday, December 4, 2008

angan-angan....

aku pasti hidup sesiapa pun tak penah lepas dari angan-angan...
menipu lah sorang tu kalau dia cakap tak pernah berangan-angan...
untuk mencapai satu2 hasrat atau cita-cita...
mesti kita mulakan dengan angan-angan, betul tak???

tapi aku kat sini bukan nak cakap apa angan-angan aku...

aku nak mempersoalkan mengenai angan-angan...

agak2 la adakah hidup kita happy dan ceria disebabkan angan-angan yg banyak kita buat...
sebab slalu aku lihat pada diri aku pun bila pasang mcm2 angan2 hati akan terasa happy semacam ja...
tapi aku tak tau la pada orang lain...
mungkin dengan angan-angan membuatkan hati ini berasa tenteram,tenang,kuat...
apakah angan-angan itu sangat berkuasa dalam hidup ni...
tapi apa pula keadaan bila kita tak mencapai angan2 tu...
apa pula yang kita rasa...
sedih,kecewa,sakit hati and lots....

jadi apa sebenarnya angan-angan ni...

tapi kalau kata tiada angan2 mesti kita tak da pandangan ke depan...
taktau hala tuju...

sebagai manusia....
kadang2 kita akan mempersoalkan mengenai angan-angan ni...
samada sedar atau tak sedar....
terutamanya apabila kita sedar betapa banyaknya angan2 buat dlm masa yang singkat...
tapi semua tu dibawa angin...

persoalan dalam hidup ini tak putus selagi kita melangkah kehadapan...
sbb semua di hadapan adalah rahsia Tuhan yg tak mudah untuk kita lihat...

Monday, November 10, 2008

shit......!!!!!!!!

BAB1
pening kepala aku akibat penangan movie last nite....
memang menyeksa diri nama nya...
tau de keje nak buat pg2...
tgk movie sampai pepagi buta...

BAB2
pening betul rupanya memikirkan hidup ni...
ingatkan senang je nak hidup...
rupa2nya susah...
cam ne la nak senangkan hidup agaknya...
klu mati pe cite?
tapi tak best sbb amalan tak cukup lg...
kang mmg kompon neraka jawapnya...
hahahahaha....
tapi untuk truskan idup nak kene pk gak...
tapi nyusahkan...
arghhh....
malas aku nak pk..

BAB3
aku baru lepas jumpa supervisor...
dan aku dah putuskan nak buat tajuk yang asal...
aku gayat sikit sbb mmg tak tau pe2 pun pasal benda aku nak buait...
tau sikit2 mana cukup beb...
kang sangkut tengah jalan...
so skang lega skit debaran nih...
tapi yang aku mmg dah kompom malas sbb ank kene baca thousands of jurnals....
hahahaha...
but it can not be help...
must deal with it...

BAB4
aku dah tak tau nak masukkan pe lg dah...
blur gtu...
ha satu lagi...
pasal jiwa aku, aku dah takde keringat dah...
hahahahaha...
sbb aku rasa macam mental aku nak terblok je dah...
sbb terlalu banyak berpk sampai hari2 aku sakit kepala...
nak meletup je dada nih...
sbb terlalu tebal aku simpan...
so apa aku leh buat pun tak tau...
aku dah bgtau aku nak kata putus je skang ni...
sbb aku tak leh nak sakiti diri aku lagi dan aku ada maruah...
sepanjang masa aku je yang kene ugut dan di marahi...
ingat pe aku ni batu lada kat tepi jalan ke apa!!!
damn...aku dah lama meletakkan diri aku ni kat bawah...
even aku de slalu buat hal aku tetap di bawah...
entah la aku pun malas nak pk....
lantak lah nak jd cam ne pun...
dah tak peduli...
hahahaha...

so what the hell aku letak keta kebal atas badan aku nih...
'maksudnya beban kan diri'

Thursday, November 6, 2008


kete idaman ku....

sebab warna best,ada style,tak terlalu mahal,
total 50400 latest price..
yang penting tak kene ujan panas

Wednesday, November 5, 2008

HAKIKAT PERNIKAHAN.. .

Untuk direnungkan. ...



Subject: HAKIKAT PERNIKAHAN.. .

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? cuba kita lihat...dan manakah pilihan kita???

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan. Atau rajin hadir di SEX party.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana BEAUTY/BODY, pasangan bakal lari jika rambut beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA. Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika
pasangan mendurhakai ALLAH.


* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.[color=violet]

Friday, October 31, 2008


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Sunday, October 26, 2008

sudah lah habisnya tugas ini.....

hari ni last day kerja aku kat sini...
happy pun de sedey pun de...
sbb kat sini ok la keje...
jupa2 dgn org...

hahahahaha

anyway bersyukur sbb de peluang untuk kerja kat tempat ni...
banyak dapat belajar kat sini

kesalahan pun da gak silap...
tapi tu lumrah manusia la da kesilapan...
dan dibetulkan...

so ni merupakan satu perjalanan pertama aku dalam kerja...

so lepas ni perlu perbaiki lg utk masa depan...

Saturday, October 25, 2008

jam aku lambat..............

boring nye la yang teramat hari ni....
kene sorang lak petang ni...
org pun kureng...
nak buat pe pun tak de pe nak buat...

aku rasa cam jam dah tak gerak je..setiap kali aku tgk dia senyap...
asal aku tgk je senyap...

pelik gak pehal dgn jam ni...
nak kata habis power bateri, ok lg

dah tu matahari lak pun sama dgn jam...

betapa boringnya aku rini...

esok hari last aku kerja...
nak ckp happy pun tak sangat...
tak happy pun tak sangat...
mayb takde perasaan kut...
gwhahahahahaha...

post ni mmg kekosongan sbb aku tak tau nak postkan pe dah....

Friday, October 24, 2008

30 tanda anda sedang di lamun cinta...

Adakah anda tergolong dalam golongan orang yang sedang jatuh cinta??

1. Sukar melelapkan mata
Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.

2. Perasaan sentiasa berdebar
Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia di jalan. Malah anda jadi kelam kabut dan menggeabah apabila dia menghampiri anda.

3. Suka ambil tahu
Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia dari kawan-kawannya.

4. Resah gelisah
Hati anda merasa resah dan gelisah bila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.

5. Dihinggapi cemburu
Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.

6. Hobi baru, termenung
Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya.

7. Dating
Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.

8. Rindu.
Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.

9. Bergayut di telefon
Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun anda baru lena tidur setelah mendengar suara si dia.

10. Berubah citarasa
Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.

11. Memberi hadiah
Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh. Anda peka dengan perkembangan semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah. Malah, tiap bulan anda memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar. Yang pasti, anda akan memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya nanti.

12. Awal ke tempat kerja
Sejak menaruh minat kepadanya, anda lebih bersemangat untuk datang ke pejabat malah datang lebih awal lagi. Anda harapkan ada peluang anda berbual berdua dengannya atau sarapan pagi bersama di kantin.

13. Lebih rajin
Prestasi kerja anda semakin men ingkat jika dibandingkan sebelum ini. Anda jadi lebih semangat, kreatif dan berfikiran positif. Perkembangan anda yang membanggakan itu disenangi kawan-kawan dan majikan.

14. Menjaga penampilan
Penampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun anda lelaki, anda akan mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadi lebih menjurus kepada fesyen mutakhir. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempersona. Dari rambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya.

15. Defensif
Maknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan. Ada masanya percakapan mereka itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap bersikap defensif.

16. Merajuk
Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.

17. Mudah bersalah sangka
Anda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak dipenuhi. Misalnya si dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir janji. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan tidak mempunyai perasaan.

18. Sentiasa kata ‘Ya’
Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan ‘Ya’. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.

19. Sanggup berkorban
Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukannya semuanya. Dengan rela hati anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya.

20. Jadi orang lain
Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi cirri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia. Di depannya anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yang kasar dan mudah marah. Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain.

21. Prihatin
Anda bukan hanya ambil tahu malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Anda akan pastikan si dia tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan sehariannya dan menjamin kebajikan dan keselamatannya.

22. Berkhayal
Potret wajah si dia jadi teman setia di waktu keseorangan. Ada masanya anda habiskan masa hanya merenung wajahnya di potret sambil berangan-angan jauh. Berkhayal seperti itu anda rasa bahagia.

23. Inginkan persamaan
Sejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti kegemaran dan citarasa untuk mempamerkan anda meminatnya. Anda akan mengemari filem dan lagu Hindustan, masakn barat dan meniru setiap tingkah lakunya. Anda mahukan wujud persamaan anda dengan si dia.

24. Sumber ilham
Kata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda sedari bahawa anda mempunyai kemampuan untuk melangkah jauh dan mengejar cita-cita anda. Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru anda sedari. Si dialah yang membuka minda anda. Dialah sumber ilham anda.

25. Pasang impian
Anda sering termenung membayangkan impian masa depan anda bersama dia. Selalu berdua ke mana sahaja, lalu mendirikan rumahtangga, mempunyai sejumlah anak yang comel dan tinggal dalam sebuah rumah idaman bersama. Anda dan dia sama-sama susah dan senang dalam menjayakan cita-cita sekeluarga.

26. Suka memuji
Dari pendiam anda jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji. Anda peka dengan penampilan si dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan. Hati anda rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagi kalau dia merasa bangga dan senang hati oleh puji-pujian anda.

27. Mulut manis
Anda hanya berkata hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya. Anda akan bersetuju dan mendukung percakapannya sekaipun tidak anda sukai. Tujuannya kerana anda tidak mahu menyinggung perasaan. Tambahan anda tidak mahu menjejaskan perhubungan yang baru berputik itu.

28. Tanda ingatan
Anda memberikan sesuatu yang istimewa seba gai tanda ingatan. Jika buku diberikan, anda akan tulis sedikit kata-kata di dalamnya sebagai renungan atau kenangan. Di hari raya anda hulurkan kad raya atau kad ucap selamat di hari lahirnya. Sekalipun tidak berterus-terang, dari kata-kata yang tercoret di dalam buku dan kad dapat mencerminkan luahan isi hati anda terhadapnya.

29. Inginkan perhatian
Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati dan anda hargai.

30. Bertekad memilikinya
Secara drastik, anda berhasrat untuk memilikinya. Apapun keadaan dirinya, anda pasrah dan menerima. Anda ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupnya sehidup semati.

Wednesday, October 22, 2008

info baik punya...............

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'lahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Tuesday, October 21, 2008

nama ku dalam japanese!!!!!

My Japanese name is Iemochi Anzai.
Take The Original Japanese Name Generator by Shu today!
Created with Rum and Monkey's Name Generator Generator.

Saturday, October 18, 2008

penyakit-penyakit manusia!!!

Penyakit
Tanda-tanda
Kesan Tindak Balas
(Tanda pemulihan)
Catatan Kesihatan

Tekanan Darah Tinggi
Tekanan sistol (atas) 140 ke atas.
Tekanan Disatol (bawah) 90 ke atas.
Lemah semangat.
Lenguh bahagian bahu.
Sukar tidur malam.
Mata merah sebam.
Sering sakit kepala.
Leher rasa tegang.
Belakang kepala bahagian atas rasa sakit dan tegang.
Sakit kepala (berlaku selama 2 - 10 hari).
Biasanya tekanan darah akan turun selepas mengambil jus.
Kurangkan makanan berminyak, berlemak, garam dan makanan berkanji (nasi, mee).
Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan.
Jangan kerja terlalu berat
Tenangkan perasaan.

Tekanan Darah Rendah
Kaki dan tangan sejuk.
Pening bila bangun cepat.
Cepat letih.
Muka pucat.
Selalu mengalami kelemahan dengutan jantung.
Tegang leher bawah.
Kepala pening memusing.
Jangan bekerja keras.
Kawal perasaan supaya tenang.

Buasir
Berak berdarah.
Dubur berasa sakit di bahagian luar dan dalam.
Berak berdarah.
Kurangkan makanan pedas dan berasid.
Makan makanan berserat (gentian).

Kencing Manis
Kerap buang air kecil.
Sering rasa dahaga.
Badan berasa lemah.
Mudah letih.
Mengalami luka yang sukar disembuhkan.
Dalam masa jangka panjang boleh mengakibatkan darah tinggi, sakit jantung, mata kelabu, kulit jadi hitam dan pecah berair.
Paras gula meningkat dalam seminggu.
Tangan dan kaki menjadi bengkak sedikit.
Keadaan akan berkurangan selepas seminggu.
Keadaan penyakit akan berunsur-ansur pulih.
Kesan pemulihan dapat dirasai setelah makan jus 3 hingga 4 botol (500ml)
Kurangkan makanan berminyak, berlemak, garam dan makanan berkanji (nasi, mee).
Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
Jangan bekerja terlalu berat.
Tenangkan perasaan.

Sakit Sendi, Sengal, Pirai
Sendi sakit dan bengkak. Rasa panas di bahagian berkenaan.
Luka lama di sendi berasa sakit.
Bila serius, sendi-sendi menjadi bengkak.
Sendi rasa sakit
Badan jadi panas.
Kurangkan makanan berprotein, kacang pisang dan rebung.

Reumatisme
Berasa sakit sebelum hujan.
Sengal di bahagian sendi atau seluruh bahagian badan.
Kadar metabolisme menjadi lemah.
Bertambah sakit
Kurangkan makanan berprotein, kacang, pisang dan rebung.

Sakit Jantung
Sakit di bahagian atas dada di sebelah kiri.
Sakit di bahagian lengan atas tangan kiri.
Biasanya berlaku bila perasaan tertekan dan senaman yang berlebihan.
Sesak nafas
Cendawan merah mempunyai kuasa yang cukup berkesan bagi menghilangkan sekatan dalam saluran darah (thrombosis)
Merangsang dengutan jantung menjadi cepat.
Rasa sakit di dada
Muka menjadi merah selama 2 - 4 hari.
Kebas di lengan atas tangan kiri.
Kurangkan makanan berlemak, kolesterol.
Jangan minum arak.
Kurangkan merokok.
Masa tidur yang cukup dan bangun awal.

Lumpuh
Bercakap telor (tidak dapat bercakap dengan betul)
Kebas tangan dan kaki selepas bangun pagi.
Pergerakan badan tidak lancar.
Gangguan ingatan
Rasa sakit di bahagian saluran darah yang tersumbat.
Sakit dan pening kepala.
Bila terjadi kebas tangan, kaki dan percakapan tidak lancar, perlu rehat sepenuhnya untuk mengelakkan "stroke"

Ulser Gaster
Sakit di ulu hati.
Pedih di dalam perut.
Tekak rasa pahit ketika sendawa.
Bila serius, muntah atau berak berdarah hitam.
Seram sejuk
Perut rasa pedih
Berlaku cirit-birit atau sembelit.
Selepas makan jus 1 hingga 2 botol (500ml), berasa lega.
Jangan makan makanan yang masam dan pedas.
Kuantiti makanan dan masa makan hendaklah tetap.

Barah
Keluar darah di bahagian yang berkenaan.
Kulit bengkak dan pecah di bahagian berkenaan.
Ketumbuhan (tumor) yang keras.
Keluar darah dan nanah.
Cendawan merah boleh kurangkan rasa sakit.
Jika di peringkat awal dan pertengahan, boleh dipulihkan.

Makan banyak sayur-sayuran.
Makan sayur-sayuran segar secara mentah.
Kurangkan memakan daging merah.
Boleh mendapatkan rawatan radioaktif.

Asma, Penat / Lelah
Pernafasan tidak lancar.
Cuaca kering, berangin dan berdebu boleh menyebabkan asma berlaku.
Batuk terutamanya waktu pagi
Bertambah tenat selama 2 - 3 hari.
Kadangkala muntah.
Keluar kahak.
Kesan pemulihan dapat dirasai setelah makan jus 2 hingga 3 botol (500ml)
Kurangkan makanan mentah dan minuman sejuk.
Jangan kerja keras.
Boleh menambahkan dosej

Batu Karang
Sakit menyucuk di bahagian pinggang.
Bertambah sakit.
Air kencing berkapur.
Kencing berdarah.
Jangan menahan kencing.
Kurangkan makanan berkalsium.

Jerawat
Disebebkan horman tidak seimbang, sembelit atau jangkitan kuman.
Biji-biji di muka mengandungi nanah
Jerawat keluar lebih banyak kerana semua keracunan yang terkumpul disingkirkan.
Selepas pembuangan toksin, kulit muka menjadi licin dan cerah.
Kurangkan makanan berminyak atau berlemak.
Tidur yang cukup.
Tenangkan perasaan.

Sakit Buah Pinggang (ginjal)
Seluruh badan terasa letih.
Muka pucat sebam.
Kaki dan tangan bengkak.
Sakit tapak kaki pada waktu ppagi.
Telinga berdengung.
Kadang-kadang rambut gugur.
Susah buang air kecil.
Kerap buang air kecil.
Sakit di bahagian pinggang.
Muka, kaki dan tangan bengkak sedikit.
Minum air sedikit demi sedikit.
Jangan minum minuman bergas
Kurangkan makanan masin.
Duduk terlalu lama boleh melemahkan fungsi buah pinggang.
Senaman memusingkan pinggang boleh membantu menguatkan pinggang.

Sakit Buah Pinggang (ginjal) yang teruk dan menggunakan Dialysis
*Rujuk Pesakit Buah Pinggang.
Seluruh badan terasa letih.
Muka pucat sebam.
Kaki dan tangan bengkak.
Sakit tapak kaki pada waktu pagi.
Telinga berdengung.
Kadang-kadang rambut gugur.
Susah buang air kecil.
Buang air kecil lebih lancar.
Selepas 3 - 6 minggu, rawatan dialysis boleh dikurangkan.
Selepas sekurang-kurangnya 8 bulan sakit ini akan mulai pulih.
Minum air sedikit demi sedikit.
Jangan minum minuman bergas
Kurangkan makanan masin.
Duduk terlalu lama boleh melemahkan fungsi buah pinggang.
Senaman memusingkan pinggang boleh membantu menguatkan pinggang

Badan Berasid Tinggi
Badan sentiasa berasa panas
Pecah di bahagian dalam mulut termasuk gusi.
Mudah letih dan kurang bersemangat
Selalu berasa mengantuk.
Badan menjadi panas.
Rasa dahaga.
Air kencing berwarna perang.
Kerap kentut.
Cendawan merah cukup berkesan untuk menyingkirkan racun dari badan.
Mengimbangkan paras pH badan.

Hepatitis A, B & C
Badan lemah
Demam
Air kencing berwarna kuning perang.
Najis berwarna putih.
Mata, muka dan kuku berwarna kuning.
Muntah
Perut rasa sesak
Kurang selera makan
Sakit-sakit sendi
Tanda-tanda akan terus berkurangan
Semangat pulih kembali
Semakin berselera.
Jangan makan makanan yang berlemak selama dua bulan
Jangan kerja teruk selama dua bulan
Jika tidak berbuat demikian, kemungkinan berlakunya kerosakan kekal pada hati.

Neurosis
(Sakit jiwa ringan)
Selalu rasa bimbang dan was-was.
Hilang konsentrasi
Menjadi pelupa
Mudah letih
Kadangkala tangan menggigil.
Sukar tidur pada waktu malam
Cepat marah
Senang tidur selepas dua minggu
Berasa segar selepas bangun tidur.
Perasaan tenang
Di peringkat awal, sakit / tegang kepala.
Tenangkan perasaan
Ambil mudah dalam masalah harian
Jangan banyak merancang dan berfikir.

Resdung
Hidung berhingus dan bersin pada waktu pagi.
Sakit atau gatal disekitar pipi, hidung, mata dan telinga
Kurang deria bau (hidu)
Iklim panas dan lembab menyebabkan mudah terjadi resdung
Hidung cukup sensitif / alahan.
Hidung menhadi semakin sebu selama 3 - 7 hari
Berkesan selepas dua minggu
Badan agak panas
Kesan pemulihan akan dirasai setelah makan jus 2 hingga 3 botol (500ml)
Cendawan merah sangat berkesan untuk resdung
Jangan terlalu fikirkan tentang masalah resdung. Ini melambatkan penyembuhan.

Anemia
(Kurang darah)
Selalu pening kepala
Tangan dan kaki menjadi sejuk
Muka pucat
Badan lemah
Keluar darah dari hidung.
Pening kepala
Permakanan seimbang
Tambahkan makanan berzat

Psoriasis
Disebabkan kadar metabolisme kulit tidak normal (sel baru tumbuh sebelum sel lama mati)
Gangguan perasaan membuatkan penyakit ini semakin teruk.
Keluar lebih banyak
Berkesan selepas dua bulan
Tenangkan perasaan
Senangkan hati dan jangan banyak berfikir
Selalu bersihkan kawasan persekitanran
Berjemur.

Kaki busuk (Hongkong Foot)
Disebabkan serangan fungus (kulat)
Mudah terjadi semula
Selalu berlaku perasaan terganggu
Mula-mula berasa gatal
Keluar air bisa
Kulit menjadi normal semula selepas dua bulan
Sering tukar sarung kaki
Tenangkan perasaan

Beguk
(Gerondong)
Disebabkan hormon tidak seimbang dan kurang iodin
Makan banyak dan kerap.
Pembengkakan kelenjar liur
Pipi bengkak
Demam
Mula berkesan selepas 1 - 2 bulan
Selera makan menjadi normal
Permakanan seimbang.

Sawan
(Penyakit Tarik)
Disebabkan oleh fungsi hemispiar otak kiri dan kanan tidak seimbang.
Menjadi tarik secara tiba-tiba
Mulut berbuih
Menjadi bertambah teruk
Keluarga beri perhatian kepada pesakit untuk mengelakkan kemalangan.
Pesakit tidak boleh melakukan aktiviti / kerja yang merbahaya.

Kulit Sensitif
Terjadi tompok merah di kulit
Kulit gatal / sakit
Tindak balas menjadi semakin teruk selama seminggu
Boleh makan Jus Cenkudu bersama-sama ubat barat.


Gastrik
Sakit ulu hati
Pedih didalam perut
Tekak rasa masam ketika sendawa
Seram sejuk
Perut pedih
Berlaku cirit-birit atau sembelit
Cendawan merah mampu merangsangkan fungsi penghadaman perut dan dapat menguatkan usus secara berkesan

Thursday, October 16, 2008

masuk sekolah!!!!!

kemarin telah diberikan satu tanggung jawab baru pada aku....
ke sekolah anak yatim utk ajar komputer...
yg kecut skit bila kene g sorang kat tmpt yg tak brapa kompom...

aku pun pun g la nek motor...
nasib baik kene tmpt yg aku g tuh...

1st skali aku cari bilik komputer la...
sbb nak tgk macam ne keadaan situ dlu...

g dgn sorang penyelia kaum hawa...
lawa gak la...
hehehehe...
aku ni nak p ajaq ke p pancing???...
iklan je tuh...

so lepas tu da la budak2 datang ramai2...
tapi nk kata ramai tu tak la ramai sgt pun dalam 37 org ja...
aku pun pa lg suh kumpul kan sebatalion bdk2 kat situ aku nak jumpa..

jumpa utk apa???
hahahahaha....

aku nak buat survay la dlu sbb sblum ajaq org nak kena tau serba skit dlu pasal org n tmpt...

bermula lah sesi sembang2 nak amik tau...

perkenal diri...
lepas tu suh setiap org bangun bgtau nama dgn pengalaman guna komp...

macam jawapan budak2 ni bg...
yg banyak nya...games2....

tak pa la...
yang penting mereka2 ini tahu apa itu komputer....

so ape lg ea aku sembang...
sbb aku tlupa la pa yg aku buat kat sana...

setel bab komp ni....
aku tanya la sorang apa cita2 masing...

ni jawapan yang aku dapat kumpulkan
-lawyer
-doktor
-guru
-askar
-polis
-mekanik
-yg nak bawak lori treler pun de
-chef
dan .....

macam2 la kan,
tapi yang penting kene hormat apa diaorg nak jd dan sentiasa bg semangat...

lepas tu aku pun tak dak idea nak cita aku kuarkn bab aku yang aku mmg dah tau...
iaitu pasal kelautan...

pasal diving, pasal ikan, lembu laut, kapal, macam2 lg la...

lepas tu pe lg berhujan lah aku dgn soklan...
pasal spongebob,patrick,mr. crab pun da gak...

penat2 menjawap..
tapi best la sbb dah cam masuk skolah balik...
hehehehe...

k la...itu hanya hari permulaan..
di depan nnt baru hari sebenarnya...

Tuesday, October 14, 2008

Untuk Wanita: 2 Tabiat Bawa Ke Neraka..

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu
Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu
dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk
kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun
Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah
SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.
Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat
geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,
hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni jugak nak habis."
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak
mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah
ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang
kurang faham
suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang
isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di
suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,
maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya
tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur
pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah
menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat
menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Sunday, October 12, 2008

Selesai Lah Sudah....

akhirnya.....

selesai lah sudah misi aku mendaftar...
penat weh...

kene jalan 4kilo 1 hari sbb takda kenderaan guna minyak...

nak tecabut kaki...
ke hulu ke hilir...
mencari pe yg patut utk melengkapkan borang2 tuh...
skang leh la berehat, sbb esok baru aku nak balik...

hahahahaha....

so skang aku nak kena prepare utk menjalankan tugas ku bla masuk nnt...

nak tau projek aku pasal apa???

Heavy metals (Hg,...) in Tumpat Delta Kelantan...

kesahnya mengenai pencarian heavy metal kat delta tumpat...

ada sampling n keja lab...
aku tak penah sentuh pun bap2 heavy metal sbb aku pk susah...
tapi bla pk balik, org lain bleh buat knp aku tak bleh buat...

so aku meyakinkan diri ini AKU BOLEH!!!!

jd aku akan nnt kan saat itu dgn penuh keghairahan...

so kepada sesapa yang nak habis study tu, jom sambung lg ramai...
tak susah pun...
lagi best apa dari ke hulu ke hilir nak cari keje yang tak tau kepala ekor lg...

adios...

HOROSKOPP!!!!!!

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.
Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.
Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.
Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.
"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya.
Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari."
Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.
Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.
Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.
Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan.
Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.
"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.
"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.
"Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.
Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya.
Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.
Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.
"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.
Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib.
Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.
Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit.
Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.
Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq.
Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.
"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.
"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.
"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya.
Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan. ..

INFO SPESEL!!!!!!

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'lahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

MANDI WAJIB!!!!!!!!

MANDI WAJIB YANG BETUL


Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala."

Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Teta! pi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

RAHSIA 13!!!!!

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu' Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I'tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Saturday, October 11, 2008

guest what??!!!!


ni libary tempat lepak online...

skang ini, di masa ini aku berada di UMT...
university kesayangan aku..
hahahaha....
sayang ke???
bleh la kut...
aku datang dari jauh ni dari perlis baru sampai pg tadi...
skang tgh nak cuba buat proposal tesis untuk aku terus bersekolah...

faham ke korang sekolah tu???

aku buat keputusan selepas raya..nak masuk sekolah balik...
sbb aku tak tau arah tuju idup skang ni..
jadi aku ingat nak terus kan sekolah aku je dlu...
mengisi masa aku sementara masih sempat...

tapi aku nak try dlu, klu bleh masuk alhamdulillah...

doa2kan lah ye...
amin

rasa dah lama je aku tak balik ke sini...

padahal baru last bulan 7 hari tu balik sini konvo....
hahahaha

pe hal aku gelak sorang2...
anyway aku rasa cam best klu aku dapat masuk sekolah smula...
sbb aku rasa aku masih belum cukup belajar...
nak meneroka alam lagi...

adios...

Friday, October 10, 2008

Baca - 60 Petua Jodoh Oleh Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti 'magnet' yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.


12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.


19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa : sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan : tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan @glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.


46. Cari keunikan, kelucuan atau ?kegilaan? bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman, bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

menghadapi mertua.....*for guys*

syhhh untuk lelaki jer..!!

Kaum lelaki menganggap bahwa perempuan sebagai sebuah misteri kerana sukar untuk dijangkakna dan selalu membuat salah tingkah. Apalagi saat seorang lelaki ingin menjalin hubungan ke arah yang lebih serius, maka dia harusmemahami ibu mertuanya.Secara psikologi, konflik atau hubungan yang tidak harmoni antara mertua dan menantu selalu terjadi.

Apalagi bila calon menantu tidak mampu menjalinkan hubungan yang cukup akrab sebelumnya, seakrab jalinan dengan pasangannya. Kononnya , hal itu adalah kesalahan utama dan selalu terjadi pada setiap calon menantu.

Kesalahan awal yang tidak diperhatikan tersebut akan menjadi sebab timbulnya bom jangka dalam konflik keluarga. Penyebab lain konflik menantu-mertua, secara umumnya, yang pertama adalah orang tua belum sepenuhnya percaya bahwa anak-anak mereka sudah dapat mengurus keluarga mereka sendiri. Yang kedua adalah pasangan muda sering ‘melatah’ kerana keterlibatan berlebihan orang tua sehingga menimbulkan reaksi yang kadang kala agak keras atau bahkan terlalu cepat.

Hal yang ketiga adalah karakter-karakter orang tua atau anak yang sama-sama keras. Dalam setiap perselisihan, sering kali yang muncul ke depan adalah persepsi dan ego masing-masing sehingga masalah kecil pun menjadi besar. Untuk meminimalkan risiko terjadinya konflik dengan mertua perempuan, ada baiknya kita mengenali karakter sang mertua. Semak beberapa pedoman untuk menghadapi sang mertua.

Jenis mertua yang cerewet seringkali membuat anda pening kerana selalu ada saja yang dikomennya . Mulai dari masalah kebersihan, penataan rumah, pengasuhan anak hingga persoalan kewangan rumah tangga. Rungutan mertua tidak akan berhenti sebelum kita menurut apa yang diinginkannya.

Untuk menghadapi mertua yang cerewet adalah dengan bersikap tenang lagi cool
. Kendalikan emosi kita kerana pertengkaran dengannya tentu akan menjejas hubungan kita dan pasangan . Jadi ketika mertua memberikan kritikan sebaiknya kita dengarkan saja, setelah dia selesai menasehati barulah kita berikan point kita dengan kata-kata yang santun agar tidak menyinggung perasaannya. Jika yang dikatakannya tidak benar dan tidak sesuai dengan fakta atau hati nurani maka kita boleh ungkapkan.

Mertua yang manja, sifatnya hampir seperti anak kecil yang selalu ingin mendapatkan perhatian. Jika ada anggota keluarga yang kurang memperhatikannya maka dia akan merajuk dan melakukan aksi tutup mulut. Keadaan seperti ini sudah pasti akan membuat semua orang panik dan bingung menghadapinya. Cara mengatasinya adalah memperhatikan dan memanjakan sewajarnya saja. Kerana jika terlalu berlebihan maka hasilnya pun akan merugikan anda.

Jenis mertua yang pendiam memang sering membingungkan kerana sukar untuk meneka isi hatinya. Biasanya dia akan tertutup dan selalu memendam perasaan seorang diri, kalau pun dia berbicara maka yang disampaikannya hanyalah sebatas hal yang memang perlu saja. Mertua pendiam biasanya akan serius, jadi anda harus berhati-hati dalam berbicara. Kerana hal yang anda anggap sebagai gurauan boleh dianggapnya sebagai hal yang serius dan akan membuatnya sakit hati. Cara mengatasinya memang tidak mudah kerana kita harus aktif bertanya dan peka pada keadaan dirinya. Sekali kita mengetahui sifatnya maka kita akan mengetahui juga bahasa tubuhnya.

Mertua jenis cemburu biasanya merasa dia memiliki hak yang sama dengan anda terhadap anaknya yang telah menjadi pasangan kita. Dia akan merasa cemburu bila anaknya memberikan perhatian yang lebih kepada kita melebihi perhatian yang dia dapatkan. Biasanya seorang yang memiliki perasaan cemburu akan berpikir negatif dan selalu curiga.

Untuk mengatasinya memang diperlukan kesabaran dan mengawal emosi. Cubalah kita beri keyakinan kepada mertua anda bahwa kasing sayang yang diberikan anaknya pada kita dan dirinya adalah sama dan tidak ada perbezaan. Di sini bukan hanya kita yang harus berperanan tetapi pasangan kita pun harus ikut serta memberikan penjelasan kepadanya. Kerana jika hal ini tidak dilakukan maka dia akan terus bergelumang dengan perasaan cemburu dan curiga. Jadi cubalah kita ciptakan suasana kebersamaan dengan melibatkan sang mertua dalam aktiviti keluarga agar dia tidak merasa dibezakan.

Mertua yang sering menilai memang selalu membuat kita menjadi salah tingkah dan gabra kerana segala sesuatu diamatinya. Dari mulai penampilan hingga cara kerja kita. Untuk menghadapi mertua ini, sebaiknya kita cuba untuk bersikap wajar. Lebih baik jika kita menjadi diri kita sendiri daripada kita berpura-pura menjadi orang lain hanya untuk menyenangkan hatinya. Cubalah berpikiran positif dan jangan pernah menganggap dirinya sebagai suatu beban apalagi bila sikap mertua tidak sampai mengganggu ketenteraman kita.

Jenis mertua yang perfectionist memang selalu menginginkan segala sesuatunya sempurna. Padahal, tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini, sudah pasti ada kekurangannya. Biasanya seorang perfeksionis memiliki sifat egois kerana hanya mementingkan kehendaknya tanpa memikirkan perasaan orang lain. Cara mengatasinya adalah bersabar dan tidak emosi. Carilah waktu dan suasana yang santai sebelum kita melontarkan isi hati kitaa padanya. Lihatlah suasana hatinya, apakah sedang bahagia atau emosi. Bila bahagia, inilah saat yang tepat untuk berbicara dari hati ke hati. Katakan bahwa kita sudah berusaha berbuat yang terbaik dalam kehidupan berumah tangga dengan anaknya. Tetapi jelaskan bahwa kita pun memiliki keterbatasan, tidak ada salahnya kita meminta nasehat darinya, apa yang harus kita perbaiki. Hal ini hanya akan membuat mertua terbuka hatinya dan membawa perubahan yang positif pada diri.

Mertua jenis demokratis, akan memberikan kebebasan dalam pembawaan sikap dan percakapan kita.. Biasanya seorang demokratis akan selalu berpikir positif dan tidak ingin mencari kesalahan orang lain. Mungkin kita akan merasa akrab dengan jenis mertua seperti ini tetapi kita jangan sampai terlena. Kita harus tetap menjaga sikap dan perkataan kitaa agar tidak menyinggung perasaannya. Bersikap hormat dan santunlah kepada mertua dan orang tua anda. Semoga anda berhasil mendapatkan hati mertua anda.

Goodluck.

tips memilih PASANGAN........

Antara persoalan yang sering bermain di fikiran ialah
sejauh mana kita pasti bahawa kita telah memilih
individu yang sesuai sebagai pasangan hidup? Bak kata
orang puteh "How sure are we that he or she is the
right person for us?"

Yang susahnya, berupayakah kita untuk menilai
perwatakan seseorang sebelum berkahwin? Seringkali
kita terdengar rungutan bagaimana suami berubah
menjadi seorang yang panas baran dan cepat tangan
sedangkan semasa bercinta dahulu, pijak semut pun tak
mati.

Ada juga situasi di mana si isteri bertukar menjadi
seorang yang paling selekeh sedangkan dahulu beliau
sering berdandan rapi semasa hendak keluar berdua.

Ada pasangan yang benar-benar percaya bahawa cinta
adalah segala-galanya.

Benarkah begitu bahawa cinta itu boleh datang dan
pergi? Mungkin hari ini anda dicintai dan dibelai
sepenuh hati, tetapi bolehkah anda jamin bahawa sidia
tidak akan berubah hati 20 atau 30 tahun dari
sekarang? Tentu sukar kerana ini bukan cerita
Hindustan tetapi realiti.

Memang benar kita tidak boleh memaksa mahupun menjamin
kasih sayang seseorang tetapi sekurang-kurangnya anda
telah meneliti segala aspek personaliti dan tolak
ansur pasangan sebelum anda berkahwin.

1. Pegangan Agama
Bagaimanakah pegangan agama pasangan anda? Jika isteri
memerlukan tunjuk ajar, adakah anda sanggup mendidik
serta memberi semangat? Lebih-lebih lagi jika beliau
saudara baru. Bagi yang wanita, adakah anda pasti
bahawa pasangan anda boleh menjadi ketua keluarga yang
baik dan seterusnya mendidik anda ke jalan yang benar?


2. Menyayangi Pasangan
Adakah anda menyayangi pasangan yang bakal dikahwini?
Jikalau ianya atas pilihan keluarga, adakah anda redha
dengan pasangan yang telah dipilih? Bagaimana jika
setelah sebulan berkahwin, anda terjumpa wanita atau
lelaki idaman? Jika pernah berkasih dengan orang lain
sebelum ini, sanggupkah anda melupakan segala-galanya
dan mulakan hidup baru?

3. Kesihatan
Adakah anda pasti tentang tahap kesihatan
masing-masing? Pastikan bebas daripada pengaruh dadah
atau penyakit jangkitan kelamin. Jika pasangan
mempunyai rekod penyakit genetik yang mungkin menimpa
anak-anak, adakah anda telah bersedia dan sanggup dari
segi mental? Tanya diri sendiri samada sanggup untuk
menghadapi risiko. Jangan tinggalkan keluarga kala
malang menimpa.

4. Zuriat
Bagaimana jika pasangan tidak dapat memberikan zuriat.
Bincang perkara ini sedalam-dalamnya, adakah anda
berdua sanggup mengambil anak angkat atau bagi yang
wanita, mengizinkan suami berkahwin lain. Memang
kelihatan
sukar untuk dibincangkan tetapi bukankah lebih baik
jika anda mengetahui perdirian pasangan mengenai
perkara ini sebelum berkahwin?

5. Kewangan
Perkara ini mungkin kelihatan remeh tetapi akan
menimbulkan masalah besar jika tidak dipersetujui dari
awal. Anda berdua harus berbincang bagaimanakah
perbelanjaan keluarga patut dibahagikan. Adakah suami
menanggung 70% manakala isteri 30% atau masing-masing
50%. Atau adakah suami sanggup menanggung 100%
perbelanjaan manakala isteri menyimpan wang gaji
sebagai simpanan keluarga. Jika suami mahukan isteri
menjadi suri rumahtangga sepenuh masa, pastikan anda
telah berbincang mengenaiwang kocek ataupun elaun.
Yang penting, tanya semua aspek tentang kewangan.
Mungkin ada diantara pasangan yang akan bertengkar
semasa sedang berbincang mengenai perbelanjaan
keluarga tetapi sekurang-kurangnya anda akan tahu
sifat serta prinsip hidup pasangan mengenai wang
SEBELUM anda berkahwin.

6. Kerjaya dan Cita-cita
Adakah anda pasti tahap cita-cita pasangan anda? Bagi
wanita, sudahkah anda berbincang dengan pasangan
mengenai cita-cita serta kemahuan kerjaya
yang ingin anda kecapi? Adakah pasangan sebagai suami
mendorong serta bersetuju untuk memberikan sokongan
atau sebaliknya? Bincang dengan hati
terbuka lebih -lebih lagi jika anda bercita-cita
tinggi. Bagi lelaki yang bercita-cita tinggi, elok
jika anda memberitahu pasangan tentang peranan yang
anda harapkan daripada seorang isteri supaya pasangan
anda boleh membuat keputusan yang sewajarnya.

7. Kesesuaian
Adakah anda berdua sesuai untuk masing-masing? Adakah
anda seorang yang peramah manakala pasangan pula
seorang yang pendiam? Atau andakah anda seorang yang
pembersih dan dia pula seorang yang selekeh? Sesuaikah
anda? Anda sendiri yang pastikan kerana kadang-kala
"pposite attracts" tetapi ada juga dari awal-awal
lagi sudah tidak sesuai sikap tetapi mungkin tertarik
di antara satu sama lain kerana faktor lain seperti
rupa paras ataupun kedudukan.

8. Persefahaman
Sudahkah anda berbincang mengenai jadual pulang ke
kampung semasa hari raya? Mungkin kelihatan remeh
tetapi jangan terkejut jika topik balik kampung
menjadi punca pasangan suami isteri bermasam muka di
pagi raya!

9. Keluarga Mertua
Kesuaian serta persefahaman dengan keluarga mertua
adalah sangat penting untuk menjamin kebahagiaan
rumahtangga. Adakah anda serasi dengan keluarga
pasangan? Jangan lupa bahawa apabila berkahwin, anda
bukan sahaja "berkahwin" dengan anak perempuan atau
anak lelaki mereka, malah dengan keluarga mereka juga.

10. Keperluan Seksual
"Absolutely no testing here!!". Maksud sebagai
keperluan seksual adalah... bolehkah pasangan anda
memenuhi citarasa seksual anda? Maksudnya, wanita atau
lelaki yang bakal anda kahwini mestilah
sekurang-kuranngnya menarik minat anda dari segi
seksual kerana keperluan batin adalah sebahagian
daripada kehidupan berkahwin. Hadapilah dengan berani!

Wednesday, October 8, 2008

tasteless R@Y@...

Alohaa...
kabare?

raya dah lepas...tapi nothing jerk...
dah tak de pe dah dalam raya aku...
aku hanya menjalankan ibadah tp aku tak rasa...
mcm bulan puasa pun hampir mcm tu gak la...
tapi raya kali ni mmg tasteless...
pegi meraya pun mcm pegi tak pegi...
rumah sedara2 pun rutin macam taun2 lepas...
takde yang baru...
lepas tu banyak sgt masa aku tersadai kat rumah je...
sbb dah tak tau nak kemana...
then da satu hari mmbr aku ajk g ramai2 ke rumah cikgu sekolah dolu2...
ok la de gak aktvt aku...
boleh tahan gak la g meraya tu...
tatapi tetiba aku jd takde perasaan...
pelik gak kenapa aku jd cam ni...
tak penah lg seblum ni sampai tahap ni...
samapi de satu masa lepas ktw banyak2...
aku tertanya balik kat diri sendiri...
kenapa aku ketawa???
pelik kan bla tanya kt diri sendiri soklan mcm tu...
rasa mcm diri aku dah ilang function...
mcm dah broken robot...
tak tau knp berlaku pada diri...
confius2...
sejak itu aku dah jd tak de rasa@perasaan...
latest news pasal aku...
aku bakal sambung study aku...
ni smua keputusan lepas raya...
aku rasa aku dah tak tau nak buat apa,so apasalahnya aku sambung studykan...
nak keje pun tak tentu hala lagi...
aku masih minat untuk meneroka berperkara yang aku tak tau...
nak explore sampai ke hujung dunia...
mungkin di situ nnt aku dapat jumpa smula rasa@perasaan aku yang hilang tu...
just for now..
adios...

Sunday, September 28, 2008

pengalaman kerja aku...

ni pekerjaan aku skang....
sebagai ICT trainer.....
n skang aku incharge kat satu cc...
aku start masuk kat company ni 4sept dlu, klu tak silap la...
tapi itu masa aku training sampai 3weeks...
dalam company ni byk org keja tapi byk yg buat praktikal la...
aku pun telah mengenal smua diaorg ni walaupun tak mendalam...
aku dapat tau la perangai sorang2 ni serba sidikit...
itu lumrah biasa la nak bekawan kena kenal dlu...
dalam masa 3-4 hari la kut aku leh kenal...
suasana kerja ok la,bosan pun tak berat pun tak...
kerja ni bertempat kat cc...
smua org yg aku kenal dapat menjalinkan hubungan yg baik dgn aku...
tak dak masalah...
cuma da kadang2 yg degil...
tapi itu biasa lah...
da satu ketika dalam menjalankan tugas aku,budak2 praktikal ni de klas...
tak tau la topik apa yg diperbincangkan...
aku buat macam biasa kerja aku...
tetiba aku dikejutkan dgn marah2 n suara menangis...
aku pelik gak la kenapa tetiba jd cam tu...
rupa2nya da prob yg timbul...
then aku just buat dgr tak dgr sbb itu tak termasuk dalam diari aku lg....
selepas kelas aku bersembang la dgn diaorg tny apa yg telah terjd...
aku dgr n aku cuba tenangkan diaorg...
disamping itu cuba jugak menyelesaikan masalah...
aku cuba fahami...
masalah yg berlaku rupa2nya masalah kebiasaan...
ini apa yg telah aku fahami...
bila terdapat 1 masalah timbul...
akan terdapat yg protest,yg diam n sebagainya...
masalah ni aku tak ketengahkan la sbb dah berlalu...
apa yg aku nak sebutkan kat sini...
bila tiada persefahaman akan jd lebih teruk suatu masalah...
bila ada kedegilan,susah memahami antara lain,hyn pk hanya dia yg betul,mcm2 lg...
itu semua hanya kepentingan diri sendiri...
apa yg patut dipkkan adalah matlamat utama...
objektif utama...
kenapa kita hadir?
kenapa kita buat kerja?
apa tujuan kita?
apa sumbangan kita?
tapi pada aku...
apa yg aku rasa bla bersama diaorg ni aku tak rasa yg diaorg ni pemberontak...
boleh ja aku masuk line...sembang2...
melawak dan mcm2 lg...
aku tak nampak kat mana yg masalah pada diaorg...
mungkin cara aku approach diaorg membuatkan diaorg menerima aku...
aku pun tak pasti...
tapi diaorg slalu di blacklist kan tapi aku sendiri tak nampak kat mana sebenarnya...
stakat pengenalan aku...
stakat pemerhatian aku...
stakat pemahaman aku...
stakat penafsiran aku...
masing2 ada kelemahan dan kekuatan...
tapi persetujuan,persefahaman sgt kurang...
pendekatan dan komunikasi yg digunakan juga mungkin ada kekurangan...
sbb dari pengalaman terdahulu...
setiap kali alami proses macam ni akan ada masalah seperti ini...
ada yg jd happy ending...
ada yg tak...
apa yg aku tulis ini ialah dari apa aku faham,apa aku mengerti...
aku tidak mencampurkan apa yg diwar2kan oleh sesiapa...
kerana mulut badan boleh binasa...
kerana telefon buruk persengketaan boleh berlaku...
apa yang penting Tuhan mengetahui segalanya...
di sini hanya coretan dalam diri aku...

Saturday, September 27, 2008

pengalaman.....

ni kira masa LI la khususnya....
LI @ Praktikal.....sama ja kan dua tu...?
dalam masa LI mmg sgt mencabar...
p la kat mana pun akan da cabaran...
sama da cabaran buat kerja @ cabaran tak buat kerja(maksud aku buat benda lain dari kerja la)
macam aku,p tmpt LI banyak org last2 kerja macam chipsmore....
sat ada sat tak dak...
masa tak da yg kurang best sbb kene p buat peta longkang satu kawasan tmpt LI...
tau sbb apa...sbb nak cari tempt tersumbat...
ada ke patut, nak p LI pasal nak belajaq benda lain,tapi dapat benda lain...
tapi tu la lumrah LI...
tak semestinya apa yg kita pk nak dapat @ buat masa LI akan jd...
LI ni sama macam kerja cuma tak dapat gaji...
macam buruh kerja free...
tapi nak buat macam mana itu yg pasti akan di lalui...
mmg sgt susah nak habiskan LI ni....
macam nak lari balik...
tu klu ikut perasaan la...
tapi kita nak kena pk pasal masa depan,ilmu dan pengalaman...
smua tu dimasukkan dalam kurikulum ada sbb sendiri...
jiwa muda2 mmg la jiwa nak seronok tapi bila kena LI yg mcm hampeh...
mmg memberontak jgk jadinya...
untuk selesaikan masalah ni somebody tu mesti prepare mental la paling penting...
sbb smua perkara bergerak klu mental ready...
so pada member2...prepare yourselve
apa pun terjadi ingat tuhan maha adil...
klu sumting bad jd mayb da hikmah...
kena banyak sabaq...
kat tmpt LI kita kena trima seadanya....
termasuklah suasana kerja,cara kerja,org dalam tempat kerja tu dan ...
klu tak dapat trima mmg nnt akan timbul masalah,tak banyak pun sikit...
aim LI untuk ilmu,pengalaman,result LI...
mmg kadang2 ada org kat tempat kerja akan wat sumtin yg kita tak leh trima...
tapi itu satu dugaan...
sumbody tak dapat nak trima macam tu....then itu yg jd prob skit....
tapi dalam suasana LI majikan @ pelatih LI mesti da chemistry la baru bagus...
klu seblah pihak ja nak menang susah....
apa pun tak jd...
kena wujudkan suasana menang-menang...
sbb semua masalah dapat kita selesaikan....
cuma masa yang main pranan...
sekian nukilan pasal LI....pandang2 lah kedepan

Friday, September 26, 2008

KEIHKLASAN HATI......

Baca & renungkan.....


Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya:

"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Abang akan mulai dulu ya", kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir ...

"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya.

Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan
manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, "Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu".

Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Abang adalah dirimu sendiri. Abang kacak dan baik di sisiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya ... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya.
Dia kemudian tertunduk dan menangis ...

daydreaming

P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?... Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.

Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki...wallahualam

"Hakikatnya orang2 yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita... INSYA ALLAH." truelove

apa bulan anda????>......

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda
dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu
mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku.
Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,
dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang
pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan
yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya.
lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat
buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah
di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia
melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya
ianya akan
mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat
besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa
diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif
dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan
mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan
kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya,
mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar
kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran
dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang
bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan
tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang
menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai
kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia
salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi
bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak
mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu
mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya
yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa
dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut
mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan
nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka
bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.
Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau
bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya
tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah
semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik,
berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan
mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak
angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka
menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka
dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan
hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya
dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.
Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai
keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya
dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada
dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir,
kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat
hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana
banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi
keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak
berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu
baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya
sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala
terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana
dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia
seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang
pertimbangan.

sifat,sikap,peribadi manusia....

apa yg kita nampak pada seseorang individu???
macam style kita jumpa klu kita perhatikan...
ada antaranya yg sama antara satu sama lain...
ada pulak berbeza antara satu dengan lain...
itu semua kekuasaan Allah yang yang maha mencipta
disini ingin aku ceritakan mengenai apa yg telah aku jumpa sepanjang perjalanan aku...
tapi disini tidak akan aku ketengahkan sesiapa yg ingin aku cungkilkan stylenya...

begini kisah pengembaraan hidup ini menjelajah.....
pertama skali aku ingin menceritakan style yang pada aku baik la....
ada antaranya senang menjadi kawan,senang utk berkomunikasi dan bekerjasama...
ada gak yg antaranya senang sgt bla aku mintak tolong...
ada yg boleh kita jenaka sama2,tak kira lah yang keras atau lembut...
sikap manja pun ada...tapi pada aku biar bertempat la...klu stakat member2 bleh trima lagi...
happy go lucky...senang mintak tolong...
dan ada yg tolong selesai masalah lagi...(itu paling best la sbb aku tak susah2 pk byk2 hahahaha)
pendekkan cite skit orang ini2 senang aku nak join skali...tak kedekut dan .....

skang plak pasal part yg kurang best
ada yg aku jumpa susah nak terima pikiran org lain...jenis ni mmg susah klu nak berbincang...
lps tu yg buat kepala tau...jenis pikir dia yg bagus....
yg slow pun da gak...ni slow dalam smua hal...mmg sakit otak jugak nk selesaikan jenis ni klu jumpa...
sesetengah yang aku jumpa pulak buat bagus prasan lebih...
yang paling tak best yg aku rasa...jenis tak trima org sekeliling seadanya...rasa dia yang paling agung kat bumi ni...
klu jumpa jenis ni ckup tau nama pun dah ok...
tak payah nak member2...rosak persahabatan...
yg kurang hajaq pun apa kurangnya...mmg tak bleh blah klu jenis ni
klu yg kedekut aku rasa slalu jumpa...tapi slalu dia ada sbb sendiri...

klu kita nak jumpa yg perfect mmg sgt susah...
sbb kita sedia maklum setiap insan atas muka bumi ini tak da yg sempurna...
apa yg bleh kita buat trima dengan seadaanya dan melengkapkan apa yang kurang...
sama macam aku tak sempurna...
pada aku dgn setiap yg aku jumpa wajib lah pada diri aku mengadaptasikan diri utk mendapatkan situasi menang-menang

semua ni aku jumpa dari aku mula berkawan masa kecik sampai aku bekerja skang...
yang pasti smua org nak kegembiraan dalam dunia tapi bukan slalu kita jumpa...
kadang2 kita terpaksa lalui saat sukar...
tapi itu semua utk memperkuatkan diri kita,siapkan diri kita utk masa hadapan...

apa2 pun sama lah kita pk kan utk dapatkan apa yg kita hendaki....

Thursday, September 25, 2008

Oh Ibuuuuuuuuuuu................

Kepada yang masih ada ibu...

ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.

Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik. Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai
dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat
melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk
membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari
ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya.

Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan
berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...

With Love to All Mothers

Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu.
Dan lakukanlah yang terbaik untuknya..........

Monday, September 15, 2008

untuk semua....

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMUhendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapatdipergunakanlagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnyabegituistimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukanmudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUShingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..Kamu juga yang akan MENYESAL....