CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, July 21, 2009

hot n spicy

terbakarnya....organ dalam badan aku...
sampai mencarut2 jadi nya..
aku pun tak sedar...haha..
tapi kadang2 aku pk,mungkinkah aku makin hilang kewarasan aku...
aku pun tak tau...
harap2 jangan lagi la...banyak lagi hutang aku belum langsai..

Friday, July 10, 2009

modal cinta...

1.bil telefon
setiap pasangan harus berhubung antara satu sama lain. untuk itu telefon talian tetap atau telefon bimbit amat diperlukan. jika sebelumnya bil kamu setakat dua tiga puluh ringgit. tetapi bila sudah dilamun cinta bilnya naik berganda-ganda.

2.kos makan
dulu makan sorang2 tapi skarang dah jadi berdua. maknanya budget bertambah dua kali ganda. boleh jimat dengan bawak bekal,tapi sanggup ke?

3.masa
kalau dulu kamu mungkin banyak masa terluang. boleh lepak sorang2 dan juga bersama dengan teman2. tapi skarang terpaksa sediakan masa untuk si dia pula. nak teman kemana2 saja

4.tambang
bagi yang tiada kenderaan sendiri tambang kenderaan awam mmg akan untung berlipat berkali ganda. kalau ada kenderaan sendiri duit minyak la jadi mangsa. maklumlah susah nak tolak permintaan si dia yang ajak ke sana kemari.

5.pakaian
setiap masa nak keluar kene pakai yang paling terbaru dan semestinya berfesyen. nak atau tak, kene la keluar shopping tiap ujung minggu. kalau bukan untuk sendiri mesti la ke ne belikan untuk dia.

6.hadiah
setiap kali hari jadi dan ulang tahun percintaan kamu berdua sudah tentu terpaksa siapkan hadiah untuknya. kalau mahu bagi hadiah yang murah mesti akan ada yang kecewa tapi kalau mahal sendiri tak mampu

ungkapan cinta...

-cinta itu seperti sinar matahari, memberi tanpa mengharap kembali.cinta itu seperti sinar matahari, tidak memilih siapa yang ia sinari. cinta itu seperti sinar matahari yang memberi kehangatan di hati.

madah cinta...

-bahawasanya seseorang memburu cinta adalah laksana memburu kijang di rimba belantara. bertambah diburu bertambah jauh dia lari. akhirnya tersesat dalam rimba, tak bisa pulang. ~Hamka~
-andai kata dunia hendak meraih cinta, ia tak akan mampu dan andai kata ia akan menolaknua, ia jugatak akan kuasa, kerana cinta itu suatu anugerah, bukan suatu hasil usaha. cinta berasal dari tuhan. (Al Hujwiri & Al-Mahjud)