CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 25, 2010

what am i...

i'm just a fool

Monday, February 22, 2010

MEGA

Mega

Bayangan Gurauan

Tak pernah ku alami
Tak mungkin ku hindari
Di himpit perasaan
Bayangan gurauan

Di dalam jaga ku tercari-cari
Di dalam tidur termimpi-mimpi
Siapakah gadis misteri
Melambai dan terus menyepi

Jangan biarkan ku ternanti-nanti
Usah benarkan masa berlalu pergi
Cintamu oh! gadis misteri
Adakah kekal dan abadi

1
Andai di berikan emas permata
Ku pilih senyumanmu
Andai kupunyai mahligai indah
Ku hadiahkan untukmu

Dalam berjuta bintang berkelipan
Kau bagaikan kejora
Antara ribuan mata menikam
Takkan kubiarkan kau tenggelam

Di dalam jaga ku tercari-cari
Di dalam tidur termimpi-mimpi
Siapakah gadis misteri
Adakah dapat ku kenali
(Belum puas ku temui)


Wednesday, February 10, 2010

mohd razi bin zainuddin

nama aku mohd razi bin zainuddin..
no IC tak perlu tau kut..
aku asal dari kampung dalam perlis..skang still study, bukan baru nk masuk study tapi aku sambung study,mungkin tak hebat cam orang lain la..aku sambung kat semenanjung ja..
dan aku pun tak sehbat orang lain..aku bukan tak nak kerja..dlu pernah nekad mula hidup dalam kerja..tapi sbb ada masalah dalam hidup aku, so sambung study...
aku study kat UMT..tinggi aku 174cm kalau tak silap.berat skang myb dalam 83kg kut..
aku pun tak ingat..ada orang cakap aku buncit ada yg cakap aku badan sedap ja..aku pun tak tau..tapi aku rasa aku ni tak ckup utk org cakap aku hensem atau bergaya..aku orang kampung..hidup aku la ni dgn sebiji moto plate RG3222...kemana pun dgn benda tu ja aku bawak,hujan panas aku redah..bukan sbb aku tak bleh ada kereta atau tak ada kereta,boleh ja kalau aku nk ambil keta baru sebijik la ni..bayar bulan lepas ja..tapi aku tak nak lagi sbb aku tak nak duit tu hilang mcm tu ja..aku nk simpan skit2..kemudian hari bleh ja aku beli kereta tu..bia pun just ada 2 taya tapi idup aku tak susah nk jalan jauh2..so dgn diri aku ni cam pencacai,mesti aku lalu pun orang tak perasan kehadiran aku..tapi nk buat macam mana aku pilih keadaan cam tu..bukan sbb aku miskin duit tapi aku selesa..pasal kerja mmg aku tak kerja lagi skang, sbb aku study lg,kalau tak study kompom2 kau dah kerja skang ni..tapi takpa la..rezeki masing2..tentang hidup aku tak de perkara menarik sgt..just selang2 sesekali ada la dgn benda pahit..aku tak reti nak buang kawan atau nk benci kawan sampai ke mati..kawan aku tu dunia aku..tanpa mereka siapa lah aku..tapi kadang kawan2 aku slalu jugak lupa tentang diri aku..tapi aku terpaksa telan walaupun pahit..myb jalan aku mcm tu..aku jarang jatuh cinta, tapi selalu suka,bukan sj2 aku suka..aku suka dari pelbagai aspek..personaliti,permikiran,percakapan,pemakaian n macam 2 lagi la..tapi kalau jatuh cinta, hanya 1 tu je yg ada depan mata aku..dan sepenuh hati la aku sayang dan cinta..tu style aku..tak reti aku nk skit2 just joyride..aku pandang cinta itu ke masa depan..aku suka cakap bila ada topik yg nak dkupas..kalau orang ada masalah aku suka bantu paling kurang pun dgn bermodalkan idea dan air liur..biasa mmbr baik aku slalu la cite prob..aku try tolong selagi mampu..bia pun tak tido mlm..yg penting kawan aku bahagia n happy..sbb pada aku happy diri sendiri perkara ke-2..aku jenis sorang slalu nya...entah mengapa aku jadi cam tu pun aku tak tau..lone ranger la kiranya..aku suka berkawan..tapi kadang aku bersendirian..aku tak faham gak..aku jenis yg simple, cakap ja pebenda pun..as long aku bleh wat aku join..tapi aku tak sehebat orang lain..aku just pencacai..tapi mungkin jugak banyak orang yg tak sukakn aku..al maklum lah..who am i la kn..kadang2 aku jadi sorang yg pelik...kadang2 la..myb pengaruh cite alien kut..aku pun tak tau..kalau ada kurang pada aku..mintak maaf la banyak2..aku still lagi sentiasa perbaiki diri aku dari hari ke hari..

Monday, February 8, 2010

ingin ku katakan....

cinta itu sesuatu yg tidak dapat dibeli dengan nilai wang biar pun permata termahal di dunia..
ia tidak dapat di tukar ganti dgn hadiah, biar pun dengan kata-kata...
bukan mudah utk ia dimiliki, bukan mudah juga utk ia pergi...
moga masa itu menunjuk kn rupa yg sebenarnya...

Wednesday, February 3, 2010

bertasbih ke cinta?

aku tak tau samada aku di atas kapal paling lewat ke tak dalam movie ni..hehe...
tapi yg pasti antara orang yg terpesona dalam keindahan kehidupan ni...
walaupun agak lambat,tapi impak sgt mendalam dan melekat dalam jiwa...

"KETIKA CINTA BERTASBIH"

mungkin banyak yang dah tgk,tapi bagi yang belum ambil kesempatan utk tengok..
sgt best dan penting movie ni, di lahirkan dari sebuah novel terlaris...
mmg aku respect pada penulis dan pembikin filem ni...

tapi di sini bukan aku ingin terangkan sebutir-sebutir apa yg berlaku dalam movie tu...
tapi ingin aku kias atas ringkas kn apa yang ada sepanjang pengembaraan menonton movie tu..
mmg best bila kita ramai2 atau sorang,tapi brapa banyak antara kita fahami dan ambil tau mengenai setiap isi yg disampaikan...

mmg secara kasarnya dapat kita dengar dan lihat dari segi geografi dan pertuturan, ia meletakkan Islam sebagai landasan dalam kehidupan sbb ingin kembali kn pegangan dan keimanan kita ka jalan yang betul dalam hidup. jika dilihat dari hari ke hari kebanyakan filem ayng dikeluarkan oleh orang islam sendiri makin kurang dari perspektif islam. maka kita kian rapuh dan semakin jauh dari nilai sebenar sebagai islam. mungkin dalam filem ni dari tajuk sendiri mempamerkan tentang cinta, tapi disebalik mencapai objektif cinta itu sgt banyak input atau pengajaran pada kita walau dalam apa keadaan skali pun, jangan kita tinggal agama. dengan islam sendiri kita ada jalan penyelesaian yg terbaik dan disamping membawa kita dekat dengan Allah. dari permulaan cerita ini memperlihatkan bagaimana sorang yg begitu kuat berpegang dengan apa yg dia yakini dan percaya itu adalah yg terbaik sampai kan dgn tegas menolak france kiss dari sahabatnya itu, kalau di banding dgn orang pada zaman ini, bukan itu je kalau bleh nak, lebih lagi di mintak. masa tu agama pun entah ke mana di buang utk mengejar nafsu serakah. sampai ke pertengahan dan penghujung tetap di terap kan dgn nilai Islam. apa yg sy boleh lihat walaupun 100% hidup kita betul2 pegang pada agama tak kan mati pun, kita akan dapat keberkatan dan sememangnya mudah perjalanan hidup walaupun dalam musibah. itu satu yg kuat dalam filem ni..

tentang persahabatan, sepanjang cerita jugak ditunjukkan kekuatan asapek tu, membantu tanpa kira keadaan, menasihat ke arah yg benar, tolong jaga keselamatan sahabat. itu erti sahabat, pengorbanan dan tolak ansur serta tolong antara sendiri. manusia sendiri tak kan dapat memajukan diri tanpa sahabat, tak dapat matang kan diri, tak dapat berdiri dgn teguh tanpa sorang sahabat. biar pun si gadis yg ingin dipinang sudah disuntik sahabat, tak da isu penting diri sendiri nak main rampas2.redha dengan setiap yg lalui sbb Allah menyediakan sesuatu pada kita adalah yg terbaik, cuma tahap kesabaran sj yg menjadi kayu ukur. sahabat ada lah satu bentuk permata dalam setiap kehidupan.

sesuatu yg paling aku ingin aku sentuh dalam cite ni adalah jodoh. pasangan hidup sehinggap akhir hayat. dari awal cite sudah tentu sesapa pun dah mula laga2 kn pasangan yg rasa2 akan keluar di akhir cite ni. tapi tak tau samada orang2 ini perasan atau tak tentang perjalanan jodoh tu sendiri..cinta yg wujud tu tiada hujung dan permulaan yg tetap..ia boleh benti dimana2 dan mula di mana skali pun..tidak bermakna cinta itu sentiasa sampai ke happy ending..dalam cite ni sendiri de sorang mamat yg dengan terpaksa rela menyerah kn cinta hati kepada sahabat yg merasakan sahabat itu itu lebih layak utk menjadi suami kepada kekasih. walaupun di takdirkan jodoh itu dgn insan lain tetapi cinta itu dgn insan lain..jodoh itu menjadi penentu kepada cinta yg sebenar..kalau sekadar cinta semata2 susah utk merealisasi kn perjalanan hidup..sbb hidup ini sendiri sgt sukar..dalam jodoh plak ada beberapa peringkat, ada jodoh persinggahan maksudnya hanya sementara jodoh dgn seseorang tu dan jodoh yg sbenar dan kekal abadi dgn insan lain sbenarnya...tapi kita yg hanya insan lemah hanya mampu utk berdoa agar dipermudahkn dalam urusan percarian cinta dan jodoh..seandai nya dapat jodoh yg kekal abadi..bersyukurlah dan pertahan la sehingga akhir hayat...jangan terlalu gopoh silap skit mau cerai berai..apa kejadahnya kawin kalau macam tu...

tapi semua perkara tak dapat kita jangka kan, mungki di pagi hari cahaya matahari bersinar terang, tapi mungkin di petang nya ribut melanda...ringkasan teringkas dalam cite ni adalah, agama itu penting dalam menjalani kehidupan harian, perlu kita sama2 kembali kepada cara yg sebenar dalam kehidupan ini dan sebagai seorang Islam..persaudaraan kita harus la sesama jaga, jgn la sampai gaduh tak ingat dunia, sbb tanpa sahabat siapa je kita ni, tak kn wujud diri kita tanpa sahabat2 tu. ibu bapa kita kena jaga, jgn dok ingat nk conteng arang ja, tanpa redha siaorg kita tak kan sampai kemana ja, jadilah anak yg soleh dan solehah. setiap orang ada rezeki masing2,yg penting tetap terus berusaha dalam mencari dan ada keinginan untuk terus maju. dalam soal jodoh plak,ki hanya mampu merancang sebaiknya tapi ketentuan itu pada Allah. yg pasti kita kena slalu redha dan terus melangkah ke depan walau apa pun berlaku dalam hidup ni..berusaha dan tawakal serta selalu berdoa untuk yg terbaik kita dapat...

walaupun serabut aku cite tapi apa yg aku nk sampai kn ada..janji faham klu takda pun aku leh simpan utk renungan aku masa depan kelak..

Monday, February 1, 2010

alahai la abang...alahai la ayang....

Khas buat
abang yang disayangi...

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. Abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas. Abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... Cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini.... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100 ribu ringgit barangkali... sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang... Sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3malam. Abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?
Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu... cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang? Tentu abang tak buat ayang cam nie. Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss good morning pun susah Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah birthday setahun sekali pun susah. Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance. ..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah. Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri. Kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah RM100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kembar kita abang kata ayang mengada-ngada. Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak Paling menyedihkan... ayang tanya ngape tidur dalam kereta? Abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi?? Abang mungkin tak ambik kisah! Ayang nak balik kampung dulu! Anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek mereka.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. Ayang pi tak lama... sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang buat abang...

1. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
2. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
3. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
4. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
5.. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
6. ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
7.ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love,
ayang


Ni pula balasan surat dari abang kepada ayang.

Dear...
Ayang yang dicintai...,

Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang... tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau hilang sape nak ganti.. ayang, abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak2,nak siap kan sarapan,nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah?

Cuba lah ayang pk mana tak abang tido dalam keta... abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu.... bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja... lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kembar kita tu mesti muka cam doremon...hisy... xnak laa abang...

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.... ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek... hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..... Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm7000..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm7000...tapi demi ayang abang wat jugak..
sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin... tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer Pontianak Harum Sundal Malam... bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per... wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang.. nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kg abang izinkan cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital.. abang kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang.. dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa..hahahhahah ahahha

salam sayang,
Abang