CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 28, 2008

pengalaman kerja aku...

ni pekerjaan aku skang....
sebagai ICT trainer.....
n skang aku incharge kat satu cc...
aku start masuk kat company ni 4sept dlu, klu tak silap la...
tapi itu masa aku training sampai 3weeks...
dalam company ni byk org keja tapi byk yg buat praktikal la...
aku pun telah mengenal smua diaorg ni walaupun tak mendalam...
aku dapat tau la perangai sorang2 ni serba sidikit...
itu lumrah biasa la nak bekawan kena kenal dlu...
dalam masa 3-4 hari la kut aku leh kenal...
suasana kerja ok la,bosan pun tak berat pun tak...
kerja ni bertempat kat cc...
smua org yg aku kenal dapat menjalinkan hubungan yg baik dgn aku...
tak dak masalah...
cuma da kadang2 yg degil...
tapi itu biasa lah...
da satu ketika dalam menjalankan tugas aku,budak2 praktikal ni de klas...
tak tau la topik apa yg diperbincangkan...
aku buat macam biasa kerja aku...
tetiba aku dikejutkan dgn marah2 n suara menangis...
aku pelik gak la kenapa tetiba jd cam tu...
rupa2nya da prob yg timbul...
then aku just buat dgr tak dgr sbb itu tak termasuk dalam diari aku lg....
selepas kelas aku bersembang la dgn diaorg tny apa yg telah terjd...
aku dgr n aku cuba tenangkan diaorg...
disamping itu cuba jugak menyelesaikan masalah...
aku cuba fahami...
masalah yg berlaku rupa2nya masalah kebiasaan...
ini apa yg telah aku fahami...
bila terdapat 1 masalah timbul...
akan terdapat yg protest,yg diam n sebagainya...
masalah ni aku tak ketengahkan la sbb dah berlalu...
apa yg aku nak sebutkan kat sini...
bila tiada persefahaman akan jd lebih teruk suatu masalah...
bila ada kedegilan,susah memahami antara lain,hyn pk hanya dia yg betul,mcm2 lg...
itu semua hanya kepentingan diri sendiri...
apa yg patut dipkkan adalah matlamat utama...
objektif utama...
kenapa kita hadir?
kenapa kita buat kerja?
apa tujuan kita?
apa sumbangan kita?
tapi pada aku...
apa yg aku rasa bla bersama diaorg ni aku tak rasa yg diaorg ni pemberontak...
boleh ja aku masuk line...sembang2...
melawak dan mcm2 lg...
aku tak nampak kat mana yg masalah pada diaorg...
mungkin cara aku approach diaorg membuatkan diaorg menerima aku...
aku pun tak pasti...
tapi diaorg slalu di blacklist kan tapi aku sendiri tak nampak kat mana sebenarnya...
stakat pengenalan aku...
stakat pemerhatian aku...
stakat pemahaman aku...
stakat penafsiran aku...
masing2 ada kelemahan dan kekuatan...
tapi persetujuan,persefahaman sgt kurang...
pendekatan dan komunikasi yg digunakan juga mungkin ada kekurangan...
sbb dari pengalaman terdahulu...
setiap kali alami proses macam ni akan ada masalah seperti ini...
ada yg jd happy ending...
ada yg tak...
apa yg aku tulis ini ialah dari apa aku faham,apa aku mengerti...
aku tidak mencampurkan apa yg diwar2kan oleh sesiapa...
kerana mulut badan boleh binasa...
kerana telefon buruk persengketaan boleh berlaku...
apa yang penting Tuhan mengetahui segalanya...
di sini hanya coretan dalam diri aku...

Saturday, September 27, 2008

pengalaman.....

ni kira masa LI la khususnya....
LI @ Praktikal.....sama ja kan dua tu...?
dalam masa LI mmg sgt mencabar...
p la kat mana pun akan da cabaran...
sama da cabaran buat kerja @ cabaran tak buat kerja(maksud aku buat benda lain dari kerja la)
macam aku,p tmpt LI banyak org last2 kerja macam chipsmore....
sat ada sat tak dak...
masa tak da yg kurang best sbb kene p buat peta longkang satu kawasan tmpt LI...
tau sbb apa...sbb nak cari tempt tersumbat...
ada ke patut, nak p LI pasal nak belajaq benda lain,tapi dapat benda lain...
tapi tu la lumrah LI...
tak semestinya apa yg kita pk nak dapat @ buat masa LI akan jd...
LI ni sama macam kerja cuma tak dapat gaji...
macam buruh kerja free...
tapi nak buat macam mana itu yg pasti akan di lalui...
mmg sgt susah nak habiskan LI ni....
macam nak lari balik...
tu klu ikut perasaan la...
tapi kita nak kena pk pasal masa depan,ilmu dan pengalaman...
smua tu dimasukkan dalam kurikulum ada sbb sendiri...
jiwa muda2 mmg la jiwa nak seronok tapi bila kena LI yg mcm hampeh...
mmg memberontak jgk jadinya...
untuk selesaikan masalah ni somebody tu mesti prepare mental la paling penting...
sbb smua perkara bergerak klu mental ready...
so pada member2...prepare yourselve
apa pun terjadi ingat tuhan maha adil...
klu sumting bad jd mayb da hikmah...
kena banyak sabaq...
kat tmpt LI kita kena trima seadanya....
termasuklah suasana kerja,cara kerja,org dalam tempat kerja tu dan ...
klu tak dapat trima mmg nnt akan timbul masalah,tak banyak pun sikit...
aim LI untuk ilmu,pengalaman,result LI...
mmg kadang2 ada org kat tempat kerja akan wat sumtin yg kita tak leh trima...
tapi itu satu dugaan...
sumbody tak dapat nak trima macam tu....then itu yg jd prob skit....
tapi dalam suasana LI majikan @ pelatih LI mesti da chemistry la baru bagus...
klu seblah pihak ja nak menang susah....
apa pun tak jd...
kena wujudkan suasana menang-menang...
sbb semua masalah dapat kita selesaikan....
cuma masa yang main pranan...
sekian nukilan pasal LI....pandang2 lah kedepan

Friday, September 26, 2008

KEIHKLASAN HATI......

Baca & renungkan.....


Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya:

"Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Abang akan mulai dulu ya", kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat ... Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir ...

"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya.

Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan
manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, "Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu".

Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Abang adalah dirimu sendiri. Abang kacak dan baik di sisiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang ..."

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya ... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya.
Dia kemudian tertunduk dan menangis ...

daydreaming

P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?... Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN.

Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki...wallahualam

"Hakikatnya orang2 yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita... INSYA ALLAH." truelove

apa bulan anda????>......

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda
dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu
mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku.
Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,
dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang
pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan
yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya.
lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat
buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah
di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia
melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya
ianya akan
mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat
besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa
diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif
dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan
mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan
kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya,
mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar
kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran
dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang
bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan
tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang
menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai
kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia
salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi
bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak
mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu
mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya
yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa
dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut
mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan
nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka
bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.
Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau
bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya
tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah
semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik,
berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan
mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak
angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka
menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka
dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan
hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya
dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.
Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai
keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya
dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada
dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir,
kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat
hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana
banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi
keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak
berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu
baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya
sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala
terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana
dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar
mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia
seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang
pertimbangan.

sifat,sikap,peribadi manusia....

apa yg kita nampak pada seseorang individu???
macam style kita jumpa klu kita perhatikan...
ada antaranya yg sama antara satu sama lain...
ada pulak berbeza antara satu dengan lain...
itu semua kekuasaan Allah yang yang maha mencipta
disini ingin aku ceritakan mengenai apa yg telah aku jumpa sepanjang perjalanan aku...
tapi disini tidak akan aku ketengahkan sesiapa yg ingin aku cungkilkan stylenya...

begini kisah pengembaraan hidup ini menjelajah.....
pertama skali aku ingin menceritakan style yang pada aku baik la....
ada antaranya senang menjadi kawan,senang utk berkomunikasi dan bekerjasama...
ada gak yg antaranya senang sgt bla aku mintak tolong...
ada yg boleh kita jenaka sama2,tak kira lah yang keras atau lembut...
sikap manja pun ada...tapi pada aku biar bertempat la...klu stakat member2 bleh trima lagi...
happy go lucky...senang mintak tolong...
dan ada yg tolong selesai masalah lagi...(itu paling best la sbb aku tak susah2 pk byk2 hahahaha)
pendekkan cite skit orang ini2 senang aku nak join skali...tak kedekut dan .....

skang plak pasal part yg kurang best
ada yg aku jumpa susah nak terima pikiran org lain...jenis ni mmg susah klu nak berbincang...
lps tu yg buat kepala tau...jenis pikir dia yg bagus....
yg slow pun da gak...ni slow dalam smua hal...mmg sakit otak jugak nk selesaikan jenis ni klu jumpa...
sesetengah yang aku jumpa pulak buat bagus prasan lebih...
yang paling tak best yg aku rasa...jenis tak trima org sekeliling seadanya...rasa dia yang paling agung kat bumi ni...
klu jumpa jenis ni ckup tau nama pun dah ok...
tak payah nak member2...rosak persahabatan...
yg kurang hajaq pun apa kurangnya...mmg tak bleh blah klu jenis ni
klu yg kedekut aku rasa slalu jumpa...tapi slalu dia ada sbb sendiri...

klu kita nak jumpa yg perfect mmg sgt susah...
sbb kita sedia maklum setiap insan atas muka bumi ini tak da yg sempurna...
apa yg bleh kita buat trima dengan seadaanya dan melengkapkan apa yang kurang...
sama macam aku tak sempurna...
pada aku dgn setiap yg aku jumpa wajib lah pada diri aku mengadaptasikan diri utk mendapatkan situasi menang-menang

semua ni aku jumpa dari aku mula berkawan masa kecik sampai aku bekerja skang...
yang pasti smua org nak kegembiraan dalam dunia tapi bukan slalu kita jumpa...
kadang2 kita terpaksa lalui saat sukar...
tapi itu semua utk memperkuatkan diri kita,siapkan diri kita utk masa hadapan...

apa2 pun sama lah kita pk kan utk dapatkan apa yg kita hendaki....

Thursday, September 25, 2008

Oh Ibuuuuuuuuuuu................

Kepada yang masih ada ibu...

ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.

Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.

Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik. Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai
dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat
melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk
membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari
ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya.

Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan
berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...

With Love to All Mothers

Note: Berbahagialah yang masih memiliki Ibu.
Dan lakukanlah yang terbaik untuknya..........

Monday, September 15, 2008

untuk semua....

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMUhendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapatdipergunakanlagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnyabegituistimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukanmudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUShingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..Kamu juga yang akan MENYESAL....

Sunday, September 14, 2008

pening betul aku....

ari ni mmg kelam kabut cm hampeh...
patut nya aku bercuti dari kerja ari ahad...
tatapi keadaan telah berubah..
dari pepg lagi aku kene online buat pertama kalinya..
nak booking tiket flight yg tak penah buat..
3 jam aku try tak leh nak buat sbb sedara aku slh bagi no kad kredit dia...
dah la masa tu gak pg2 lg parent aku suh mesin rumput...
last2 aku tesepit antara dua kerja nak buat...
akhirny setel pasal booking dah tgh hari...
sambung lak mesin rumput...
tgh ari panas sapa la rajin sgt nak mesin rumput bulan puasa lak tu...
aku je yg begok skit g la buat kerja tu supaya smua org puas hati...
klu tak mesti de yg nak tarik muka siang2 nnt...
dah setel tu mmbr aku lak mesej tny bla aku leh g rumah dia wat
persiapan nak test esok...
tersepit lg skali...
aku nak tolong tapi tu la bila keadaan sempit...
aku tak bleh nak wat pe2 langsung...
mmg hari cuti yg tak best...
aku la kene buat semua benda bg org puas ati...
tapi bla aku suh tangguh kejap
tak de sapa pun nak tau knp aku ckp cm tu..
aku sakit ke nazak ke....
balik2 akan di lecture kan...
penat2...tapi apa aku mmpu buat...
ikut je la...

hidup seakan2 robot tekan sini ke sini la
tekan sana ke sana la...

Saturday, September 13, 2008

malang mmg tak berbau....

dua hari berturut termasuk hari ni ade2 saja benda yg aku hampir langgar dgn motor aku...
mahupun sesama motor ataupun org...
dalam kampung aku mmg de selekoh 90 darjah...
dah tu dewanraya betul2 muat2 kat penjuru tu gak...
mmg sesiapa pun lalui selekoh bengkok itu...
pasti akan alami pengalaman mcm hampeh n berdebar...
mana tak nye asal lalu je de bende kat depan klu bukan dinosour, badak...
paling koman pun mesti de cicak yg nak amik selekoh...
tapi apa nak buat aku hidup berkampung...
klu ikutkan nak je aku letakkan cermin pemantul yg bleh nampak di sebalik selekoh..

itu habis satu bab...

hari ni masa balik kerja aku lalu la jalan yg de jual juadah bukak puasa...
tetiba je ade 1 makhluk Allah ni nak melintas...
klu ikut peraturan kene la tgk kanan,kiri na kanan skali lagi..
tatapi insan ini tgk kanan skali je..
trus lintas dgn konfidennya..
dia ingat laju kut jalan dia tu..
aku ape lagi tekan brek sampai nak tercabut...
nasib baik stop betul2 sebelah kaki dia...
klu tak aku mmg tak dapat nak tahan tayar motor aku dari membahan kaki dia ni...
yg sakit ati dia paling kat aku buat muka tak bersalah n takde perasaan...
bengang gak..
tapi pk balik, rambut dia pun mcm nak putih je...
aku simpan je dalam ati...
tapi tak kan tak penah tgk iklan nak melintas jalan sampai mcm tu skali nak melintas...
bukannya dah tak sempat2 nak bukak puasa kut...
nasib baik la aku ni tak suka nak bising2..
klu tak dah komfom basah muka kene hujan di hari yg panas...

pe2 pun aku harap korang berhati2 lah kat tgh jalan ke, tepi jalan ke..
sbb smua org yg kat atas, kat tepi jalan bukan leh dipercayai...
men sesedap hati je buat pe diaorang nak...

NORMAL OR PERFECT????????

Apa yg korang faham pasal NORMAL or PERFECT???????
apekebende sebenarnya bende tuh???
slalu kita dgr...slalu kita sebut2...
maybe ada yg pk normal tu perfect, maybe gak de yg pk normal tu mengikut hukum atau arahan dgn sepatutnya...
aku pun tak tau..
apa yg aku pk perkataan normal tu macam tak bleh nak digunakan...
mana de sumting yg perfect or normal kat dunia ni...
barang ke, orang ke, binatang ke klu diamati betul2 mmg pelik tak de yg normal pun..
even aku sendiri mengaku diri aku tidak normal...
tapi setiap org pasti nak mengejar sumting yg normal or perfect...
tapi pada diri aku tak tau bagaimana mereka melakukan sebegitu..
setiap kali aku cuba setiap kali itu lah akan terjadinya sumtin yg mmg sgt2 tak normal n tak perfect...
tapi tak tau lah sekiranya ada yg telah mencapai benda tuh...
aku cuba mengejar kehidupan yg sempurna tetapi tiada satu pun yg aku pk n try buat jd...
apa agaknya yg menyebabkan terjadinya sebegitu???
aku pasti korang2 pun pernah alami sendiri...
agak2 korang knp boleh terjadi macam tu...
ade ke cara paling perfect utk mancapai sumtin yg perfect????
kalau korang pk adanya nya cara...
cuba korang luahkan mana tau nnt ia akan membantu sesiapa yg ingin menjadi normal @ perfect...

Tuesday, September 9, 2008

hari yg malang.......

bukan slalu kita nak lalui hari cam ni...
tapi skali kene mmg pergh ar...
ni pasal aku di hari semalam..
kat tmpt keje mmg cam2 cite dgr...
yang wat aku kesian ade gak...
yg wat aku kesian kat diri aku pun de gak...
tapi nak cite panjang2 bahaya...nnt de yg tertempias lak..
bam kene kan aku balik...
tapi mmg benda paling tak best la klu sapa2 dgr pun...
tu kat tmpat keja...
ni kat rumah lak...
balik keje penat...
dah lewat lak tu sekitar 6ptg...
sempat rest jap telefon berdering..
rupanya mak aku suruh goreng ikan..
aku dgn malas rajin g la dapur yg jarang2 aku masuk wat keje kat situ...
mula2 ok la sbb ikan temenung...
anda tau ke ke apa itu ikan temenung???
klu tak tau tny2 la org sekeliling anda...
bebalik pada cite aku...
2nd round kene ikan keli....
letak je dalam minyak....
pom meletup minyak habis kene kepala,tgn dgn bdn..
yang tak best kat kepala aku...
sampai 2 jempot rambut aku ilang gara2 kene minyak yg tgh hot tahap gaban tu...
mmg sampai nak tido kembang kecut kepala aku..
fuh...
mmg tak best...
tapi skang ari aku masih aku lalui dgn hati yang menangis walau tak nampak di muka...
knp hidup aku harus byk liku2 yg cam berat nak amik corner...
tapi aku try yg terbaik untuk smua org n aku sendiri...

Friday, September 5, 2008

kehidupan ini...

Ada sesiapa pernah fikirkan...Knp hidup ini begitu kompleks?
aku percaya semua pernah lalui saat getir..
tapi bla difikirkan balik knp harus begini terjadinya..
setiap langkah kita buat dgn berhati-hati tapi bila diakhir akan disedari ada kesilapan yang berlaku..
kalau simple its ok..tapi bla yang kita sendiri tak ingin ia terjadi..
separuh nyawa rasa hilang...pernah aku sendiri alami..
bagai rabak jiwa ini..bagai hilang separuh nyawa..
tapi ia tetap telah berlaku..
tapi apa yg perlu,apa yg patut, apa yg harus kita lakukan untuk settlekan..
bagaimana kita buat kan ia menjadi seperti mana asal??..
seperti ia tidak pernah berlaku??..
nescaya jika masa itu dapat diputarkan sesiapa pun akan ambil peluang untuk kembali ke masa sebelum itu...
apa yg kita hasratkan hanya melakukan sesuatu yang betul dan tidak sesiapa pun terniat untuk membuat sebaliknya..